Sunday, June 12, 2011

Mentera Anak Wawasan

Kids

Satu Majlis Kebudayaan yang dipanggil "Mentera Anak Wawasan" yang berlasung pada 4 June. Majlis kebudayaan ini sebenarnya berlangsung di kampung gua sendiri, kebetulan pula masa ni gua balik bercuti di Kampung Permatang Badak Kuantan dan ianya merupakan program kesenian Negeri Pahang. Majlis yang jarang-jarang dapat diadakan ini bertujuan untuk menarik minat anak-anak muda kampung tentang aktiviti kesenian dan juga untuk mengekalkan kesenian melayu yang sedia ada agar tidak dilupakan. Persembahan seperti nyanyian, sajak, puisi, tarian dan seni persilatan juga ditunjukan ketika majlis ini berlangsung. Sebenarnya gua ada rekod video lagu nyanyian Man Kayan lagu yang berjudul Badak di Permatang tapi gua tak berkesempatan lagi nak edit untuk di share bersama dalam entri kali ini. Pada malam majlis ini berlangsung gua hanya berbekalkan 50mm dan 7d kesayangan gua dan hanya bergantung kepada available light sahaja untuk mengambil beberapa gambar sebagai catatan gua dan gua juga berbangga event macam ni diadakan di kampung halaman sendiri... siap dah ada lagu kampung gua sekarang.. keh keh keh...

Datuk Ariffin Said
Silat Lincah
Tarian Pelanduk
Silat Lincah
Silat Lincah
Tarian Puteri


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...