Thursday, June 9, 2011

Backpack to Malacca

Melaka merupakan salah satu bandar yang terlama di Malaysia dan merupakan bandar bersejarah yang mempunyai kisah sejarah tersendiri. Trip ke Melaka kali ini gua bersama rakan gua Nua sebenarnya ingin berjumpa dengan seorang rakan yang datang dari Rotterdam Holland. Rakan gua bernama Brandon ini sebenarnya kenalan gua dalam laman sesawang Twitter dan kedatangan mamat ni sebenarnya dia nak buat kajian sejarah tentang kegemilangan Melaka dan kepulauan Melayu satu ketika dulu. Orang luar pun sanggup datang kaji sejarah bagi negara sendiri dan buat gua sendiri rasa teruja untuk meluangkan masa selama sehari sekitar bandar Melaka ini untuk merakam beberapa gambar menarik sekitar bandar Melaka ini.

brandon2

Jam 9.00 p.m 31 Mei gua dan Nuar ke stesen Bandar Tasik Selatan K.L dan jam itu juga gua menaiki bas express ke Melaka. Sampai di Melaka Central gua dan Nua dijemput oleh seorang rakan kampung gua iaitu Nipi yang kini bekerja mencari rezeki di Negeri orang. Ada kawan sekampung kat merata-rata tempat pun bagus tak susah nak bawak melepak. Setelah mengetahui lokasi Budjet Hotel yang didiami oleh kawan gua nama Brandon tuh gua pun terus kesana. Tower Hotel berhadapan dengan Dataran Pahlawan Melaka lokasi hotel tersebut terletak dengan rate harga RM75 Ringgit semalam dan bilik pun selesa juga namun itu tak menjadi hal bagi gua asalkan dapat bermalam sudah cukup. 1 June jam 8.00 pagi gua berjumpa dengan Brandon di kedai mamak berdekatan hotel yang didiami. Setelah check out dan bersiap gua dan Nua meluangkan masa sekejap beborak dan memberi sedikit info pasal Melaka mengikut pengetahuan semasa belajar sejarah Tingkatan 6 dahulu. Hampir 3 jam juga kami berborak dan cuaca pun nampak mendung serta hujan rintis-rintis kelihatan nak bejalan pun susah juga. Jam 11.30 gua dan Nua meninggalkan Brandon yang ingin meneruskan perjalanan beliau ke Alor Gajah dan kami teruskan perjalanan sekitar bandar Melaka untuk merakam serba sedikit gambar.

Museum Of Enduring Beauty

Porta De Santiago " A FAMOSA"

St Paul Church of Malacca

Sultans Palace of Malacca

Beca


Tidaklah keseluruhan bandar Melaka yang dapat kami lawati akibat masa yang agak singkat dan gambar-gambar yang diambil ini sahaja yang dapat gua kongsikan dan gua berharap dapat kembali ke Melaka untuk mempromosi bandar bersejarah ini secara menyeluruh pada masa akan datang. Jam 21.30 gua dan Nua terus ambik tiket bas balik Kuantan meninggalkan Melaka yang bersejarah kerana sejarah untuk gua berehat di Kuantan itu penting juga maklumlah June waktu cuti sekolah keh keh keh...

Christ Church of Malacca
Tang Beng Swee ClockTower
Market Road
Three Angle Signboard
Windmill
Baba Temple
Baba Nyonya House
Orang Utan Art & Gallery
Traders
Malacca River Cruise


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...