Wednesday, October 20, 2010

21 Oktober Hari Lahir Bonda

Bila Oktober pada tarikh yang bernombor Dua Puluh Satu memang aku akan set reminder kat handpone aku tanda ingatan akan tarikh lahir Bonda tersayang... Kalau tak pun Kak Ngah aku yang akan ingatkan aku sehari sebelum tarikh lahir Bonda aku.... Pangiilan Bonda dirumah adalah "MaMa" manakala cucu Bonda memangil nenek mereka dengan panggilan "OMA"... Hampir 24 tahun usia aku... aku dibesarkan dengan cukup sifat dan kasih sayang yang diberikan bonda... walaupun aku tak lah sepandai anak-anak orang lain yang cerdik pandai ke universiti tapi aku bersyukur kerana didikan bonda aku masih menjadi seorang manusia... manusia yang tidak hanyut dengan kesenangan duniawi dan juga seorang anak yang tak menjatuhkan maruah Bonda.... Alhamdulillah tepat jam 9.00 pagi aku akan mengucapkan selamat hari lahir kepada bonda melalui panggilan telefon disebabkan aku yang kini jauh diperantuan... walaupun tidak dapat menyambut akhir lahir bonda bersama di rumah aku tetap berdoa semoga bonda sihat sentiasa dan sentiasa ceria disamping cucu-cucu kesayangan bonda ( Adib & Adam ) juga bersama keluarga dikampung... Hari Lahir Bonda pada taun ni tiada kek yang ditempah dikedai seperti tahun sebelumnya.... Kek tahun ni diadun sendiri oleh Kak Ngah yang kini membuat kerja sambilan menjual kek.. semestinya kek yang Kak Ngah buat lagi sedap dari kek yang dijual dikedai huhuhuhu... pastinya aku akan postkan hadiah hari lahir buat bonda nanti..

"Syurga itu Di bawah Tapak Kaki Ibu"
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 57 MAMA

mama

Dari kiri : Kak Lina , MAMA , Aunty
Di Bawah: Kak Ngah & Kak Long

2 comments:

  1. selamat hari lahir makcik..semoga tuham memberkati kamu..amin..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...