Wednesday, April 18, 2012

Trekking di Sapa Vietnam

Entri pada bulan April ini aku kongsikan kepada rakan-rakan pembaca tentang satu perjalanan aku dari Hanoi ke Sapa Vietnam. Walaupun aku dalam percubaan untuk menghasilkan penulisan blog aku dalam bahasa inggeris tapi demi entri ni aku terpaksa jugak kembali meggunakan Bahasa Ibunda sendiri sebagai salah satu cara aku untuk berkongsi pengalaman aku dalam kisah perjalanan ke Sapa ini. Entri awal ni aku hanya kongsikan sedikit gambar dan akan bersambung dengan lebih banyak gambar pada episod yang seterusnya kerana kebiasaan mukadimah ni la aku nak becerita serba sedikit sebelum aku penuhkan dengan gambar pengembaraan aku.
A view of Sapa Town
Bermula 10/04/2012 aku dan 3 orang rakan memulakan perjalanan untuk ke kawasan tanah tinggi Sapa. Tiba di Hanoi pada jam 9.00pagi dan aku bersama Azam Alwi, Shaffy dan Fendi terus pergi ke Hanoi Street Hotel yang terletak di kawasan Old Quarter Hanoi. Perjalanan ke Sapa yang sebenarnya pada jam 0830 p.m dengan menaiki Keretapi memakan masa hampir lapan jam untuk sampai ke stesen Lao Chai dan kemudiannya kami menaiki kereta sewa yang disediakan untuk pergi ke Sapa selama 1 jam mendaki bukit curam dan merupakan satu lagi pengalaman menarik kami melihat bumi Komunis ini.
Hotel penginapan kami di Sapa adalah Auberge Dang Trung Hotel dan keadaan hotel ini agak selesa dan bilik agak luas. Bagi makluman rakan-rakan sebenarnya trip kali ini kami hanya menggunakan khidmat tempah melalui online dan tidak bergantung kepada Tour Guide sepenuhnya namun untuk Trekking di Tanah Sapa ini kami bergantung kepada Tour Guide kerana bimbang kalau-kalau sesat entah kemana. Sebelum meneruskan cerita ini aku terpaksa berhenti kat sini dulu menulis kerana nak berkongsi beberapa pekara berkenaan hidup heheheeh...

Group Photo

Minat untuk mengembara ke bumi asing ni merupakan minat sejak kecil aku namun nak realisasikan bukannya mudah atas dasar keewangan dan pekerjaan. Banyak juga rakan-rakan sebaya umur aku ni sekarang dah berumah tangga ada harta dan kenderaan dan sebaliknya aku tiada apa-apa selain diri sendiri dan pengalaman kesana kemari.
Banyak org yang berkata pada aku buat apa menghabiskan wang kesana kemari sedangkan gaji cukup-cukup makan lagi-lagi hidup di Kuala Lumpur. Tapi itulah pandangan orang terhadap aku namun minat aku dengan minat orang tidak mungkin sama. Mungkin mereka memiliki harta dan dapat berumah tangga kerana mereka tidak mempunyai minat seperti aku yang suka kesana kemari. Lain orang lain gaya hidup dan aku inilah hidup aku.. mungkin jika aku memiliki harta dan kenderaan aku tak dapat berkongsi dengan orang lain tetapi jika aku memiliki pengalaman dan perjalanan aku dapat berkongsi dengan orang lain tentang keadaan negara orang dan dapat menimba ilmu walaupun miskin harta. InsyaAllah sekiranya aku ada jodoh aku pun mahu bekeluarga tapi biarlah aku habiskan waktu bujang aku dengan hidup kesana kemari walaupun aku terpaksa menyimpan wang berbulan lamanya untuk pergi kesesuatu tempat agar aku dapat rasakan pengalaman dinegara orang.... ikuti sambungan perjalanan aku pada entri seterusnya

Bersambung.........

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...