Pagi ahad yang suram. Bidin terjaga dari tidur yang sekejap. Bangun bangun saja Bidin terus capai telefon bimbitnya. Ada 1 pesanan ringkas.
“Cikgu! Cikgu wat pe? Cikgu bila nk belanja topap?Mane Topap nye? Cikgu nih kaki kelentong la”
Apakah?.. Terasa Ralat dihati Bidin. Tiada salam tiada apa, Ini anak murid Bidin yang paling bersopan santun, perempuan yang pasti. Sepanjang ingatannya, Bidin tak pernah berjanji apa apa termasuklah memberi sebaris nombor tambah nilai telefon.
“Ah biarlah, budak budak zaman fesbuk memang begini. Ini bukan lagi zaman selipor jepun, ini zaman crocs”
Pagi yang suram terus suram. Kemudian telefon bimbit berbunyi lagi..
“teett” ada pesanan ringkas lagi..
“Cikgu, saya kat KP dgn papa saya skg..ckg bila nk bg topap? Cikgu jgn smpai sy tumbuk muke cikgu”
Bidin tersenyum nipis. Mengenang sikap pelajar pelajar minda kelas ketiga yang sudah canggung untuk menghormati guru sendiri. “Rudee, kau memang pelajar yang palat, satu hari nanti ak harap kau berubah”.
Guru – tugasnya mendidik dengan penuh sabar. “Ingatkan bila aku bagi nombor telefon kat dia, dia berminat la jugak berdiskusi tentang pelajaran terutamanya subjek perakaunan dan ekonomi atau apa apa sahaja isu yang berkaitan.... Rupa rupanya kau jadi begini ya Rudee” bisik hati Bidin sambil mengeleng-gelengkan kepala selame 4 kali....
Dan ya, seperti biasa ibu bapa bising bising mengatakan guru tidak memainkan peranan sebagai pendidik. aku nak tau jugak apa perasaan ibu ibu dan bapak bapak sekalian apabila anaknya menghantar pesanan sedemikian rupa. Memang akan terasa seperti seorang Palat yang tak dihormati... inilah remaja IT
Dan akhirnya Bidin bingkas ke Tandas untuk termenung lebih tenang didalam... sekian..
puitis. gemar aku membaca
ReplyDeletehhehe terima kasih shuk jadi follower hehehe
ReplyDeletehahahahahaahhaha....
ReplyDeletecikgu yg penipu atau murid yg durhaka...
aok rasa yg mana satu yien?? :wink: :wink: