Tuesday, May 22, 2012

Trekking Di Sapa Vietnam II

Setibanya kami di Bandar Hanoi sebenarnya tidaklah kami teruskan perjalanan ke Sapa Vietnam kerana kami terpaksa menanti hampir 10 jam untuk menunggu masa train yang akan bertolak ke Lao Chai. Kesempatan selama 10 jam kami abiskan dengan berjalan sekitar bandar Hanoi yang agak menarik dari segi sistem trafik yang sesak dan bunyi Hon kenderaan yang setiap masa kedengaran. Beberapa tempat menarik juga yang dapat kami lawati walaupund hanya berjalan disekeliling bandar dengan melihat gaya kehidupan orang vietnam. Apa yang menarik adalah cara mereka menjual Roti Perancis secara terbuka atau menjaja jalanan tanpa perlu dibalut merupakan salah satu pekara yang menarik walaupun dalam hati kami teringin nak pekene roti perancis ni.

Sekitar bandaraya Hanoi pula hanya terdapat sebuah restoran yang dijamin halal. Kami ditemukan dengan restoran Nisa yang dimiliki oleh seorang rakyat Malaysia yang bermastautin di sini. Pakcik Ben Taat Alias telah mengusahakan restoran halal ini selama 10 tahun bagi membantu pelancong muslim yang datang melancong ke Hanoi dan terutamanya rakyat Malaysia sendiri. Selepas selesai makan kami berjalan ke sebuah tempat yang boleh dikatakan tempat meraikan "CINTA" sebab banyak pasangan bercinta dan pasangan pengantin yang bergambar disini. Tempat ni dinamakan "the huc bridge" dan selepas berada selama 1 jam disini kami meneruskan perjalan ke dataran Ho Chi Minh dan dataran ini merupakan salah satu dataran peringatan kepada bekas pejuang Kebangsaan Vietnam.

Hanoi Town
Love Bridge Hanoi
Trishaw Man
Ho Chi Min Plateau
Hanoi Town Railway

Setelah berpusing pusing hampir 4 jam sekitar bandar Hanoi, tempat terakhir kami pergi ialah Long Bien Bridge dengan tujuan ingin merakam gambar Sunset yang berlatar belakangkan jambatan lama hasil binaan penjajah Perancis. Jambatan lama ini dibina pada tahun 1908 dengan panjangnya hampir mencecah 2.5km. Sungguh memenatkan perjalanan di atas jambatan ini kerana kami hanya berjalan kaki dari awal sehingga menuju ke destinasi untuk mengambil sunset. Hasil yang penat agak tidak berbaloi kerana sunset yang diharapkan tidak begitu memuaskan kerana cuaca mendung namun pengalaman berjalan diatas jambatan ini memberikan kami satu pengalaman yang jarang dilakukan dinegara sendiri ehhehehe..

Long Bien Bridge
The Long Bien Bridge at Hanoi

Tepat jam 7.00 petang kami bergegas kembali ke Nisa Restaurant untuk megisi kekosongan perut sebelum kami menaiki train ke lao chai. Selesai dengan membawa sedikit bekalan makanan yang dibungkus di restoran kami teruskan perjalanan menuju ke Hanoi Railway Station. Pada awalnya kami fikir stesen keretapi ini teratur namun sebaliknya jika melihat keadaan didalam yang tidak terurus atau dijaga oleh Pihak Pembandaran kalau di Malaysia. Kami menggunakan kabin dari syarikat King Express Train dengan harga RM130 ringgit atau 1,800,000  Dong Vietnam untuk satu kabin yang ada 4 katil sama seperti train KTM di Malaysia tapi dari segi perkhidmatan bagus lagi di Malaysia ehehhe. Tunggu sahajalah sehingga esok untuk aku ceritakan perjalanan Trekking kami di Sapa pula sebab dah dalam Train mestilah kene tidor kan ehhehe.. ok bersambung untuk Entri seterusnya.
Hanoi Railway Station



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...