Wednesday, November 17, 2010

Perginya Tak Kembali

Al-Fatihah..

17/November/2010 persamaan 10 Zulhijjah 1431 .. Ketika semua islam menyambut hari Lebaran Aidiladha.. jam 2 petang saya menerima panggilan daripada abang saya Rizal memaklumkan akan satu berita tentang kehilangan seorang ahli keluarga kami. Perasaan sebak dan hiba dirasai ketika mendengar berita sedih ini dihari menyambut Aidiladha. Hajah Shamsiah bt M Taib atau panggilan "AUNTY" adalah ibu saudara saya yang dihormati dan dikasihi oleh kami sekeluarga. Perginya beliau menyahut seruan Illahi ketika saya berada jauh daripada keluarga menyebabkan saya terasa begitu kehilangan seorang "IBU" yang banyak membantu saya dan keluarga. Setiap kali aktiviti yang berkaitan dengan perjumpaan keluarga arwah pasti akan datang tanda beliau begitu sayangkan keluarga. Tidak semua hajat manusia tertunai, itulah yang membuatkan saya rasa terkilan kerana tidak dapat menyempurnkan hajat arwah untuk membawa beliau ke Bintulu dimana tempat saya bekerja dan Allah S.W.T lebih menyayanginya. Seperti baru sahaja bertemu dengan arwah namun dalam sekelip mata perginya menemui penciptaNya adalah takdir yang ditentukan oleh Maha Pencipta dan hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui bila dan dimana seorang hambaNya akan pergi meninggalkan dunia yang sementara. Dari mana diciptakan dan disitulah kembalinya manusia kepadaNya. Hanya kiriman doa dan ayat-ayat suci Al-quran sahaja yang mampu saya bacakan untuk mendoakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Semoga arwah dicucuri rahmat olehNya.

"Mati Itu Pasti ... Hidup itu InsyaAllah"

3 comments:

  1. Al-Fatihah dan Takziah

    sesungguhnya ad musibah yg lg besar dr mati iaitu lalai terhadap mati..

    sama2 kite jdkan pengajaran ye..

    ReplyDelete
  2. takziah bt awak sekeluarga..
    tabah k :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...