Pada bulan Mei nanti gua telah merancang satu perjalanan ke Phnom Phen dan kemudiannya akan ke Siam Reap bersama dengan seorang senior Photographer yang juga merupakan kawan gua sendiri iaitu encik Azam Alwi. Pada awalnya perancangan perjalanan gua ke sini disertai lagi dengan beberapa orang termasuk Sifu gua sendiri namun atas sebab-sebab peribadi hanya tinggal gua berdua sahaja yang mahu meneruskan pelan perjalanan ini.
Perjalanan yang memakan masa selama 5 hari 4 malam ini akan meliputi dua bandar yang terkenal dengan tempat perlancongan seperti candi angkor wat, angkor thom, Tonle sap dan beberapa tempat yang akan gua terokai itu pun jika berkesempatan dan bagaimana aturan perjalanan yang masih dalam perancangan sebelum tarikh berlepas.
Selesai perajalanan ke Cambodia ini InsyaAllah gua akan sentiasa updatekan blog ini dengan sedikit pengembaraan sekitar bumi kenyalang ( Sarawak ) yang sudah lama gua rancangankan. Hanya rezeki yang belum berkesempatan dan Alhamdulillah perancangan untuk mengayuh secara berbasikal akan jadi kenyataan setelah sekian lama mengumpul stamina dan sedikit wang ringgit yang juga mengambil masa disamping mencari maklumat malahan aspek-aspek memupuk semangat juga perlu jika tidak hanya akan jadi angan-angan kosong. Gua juga berharap segala perancangan akan berjalan seperti yang diaturkan dan semoga Allah S.W.T akan mempermudahkan segalanya dalam kehidupan gua untuk melihat keindahan alam ini.
wow....best nyer......................
ReplyDeletesouvenir jgn lupa ye $$..hehe
ReplyDeleteyent: tak berjalan tak tahu kehidupan...
ReplyDeleteadib: hehehe boleh2 makwe weh...