Sunday, April 17, 2011

Majlis Perpisahan Hj Kipli

Satu Majlis Perpisahan seorang rakan sekerja iaitu Guru Hj Kipli Bin Aja.

dinner1


Majlis makan malam ini adalah sebagai tanda terima kasih kami rakan sekerja dari satu Shift terhadap hubungan antara kami dan Hj Kipli yang akan bersara pada 24 April 2011. Majlis yang diadakan lebih awal ini disebabkan Hj Kipli yang telah pun mula bercuti pada hari ini sehingga lah hari persaraan beliau. Setelah hampir 28 tahun beliau berkhidmat sebagai anggota keselamatan dan Emergency Response Team di Petronas hingga tamatlah khidmat beliau setelah berusia 55 tahun pada bulan April ini.

Bukan sahaja sebagai seorang rakan setugas malahan Hj Kipli ini gua sendiri anggap sebagai guru gua yang banyak mengajar gua dalam mencari motivasi diri dan juga keperluan ilmu agama. Terasa amat kehilangan selepas ini kerana keakraban kami semua dengan beliau. Sebagai seorang senior dalam jabatan kami, dengan sikap ramah dan mesra beliau amatlah dihormati dikalangan kami semua. Gua sendiri pun terasa amat pelik kali ini kerana gua menulis entri ini dengan penuh tata tertib tidak seperti kebiasaannya.

dinner3

Setiap pertemuan kebiasaannya diakhiri dengan perpisahan dan jika tiada perpisahan maka tiadalah pertemuan yang baru. Sebagai pekerja yang masih jauh lagi meniti masa hadapan gua menerima hakikat yang perpisahan ini bukanlah berkahirnya persahabatan dan mungkin pada masa lain akan bertemu lagi. Segala jasa baik dan tunjuk ajar Hj Kipli akan gua praktikan dan menjadi ingatan sepanjang masa. Gua juga doakan bahawa beliau akan terus berjaya dengan kerjaya beliau selepas ini sebagai seorang Mahaguru Silat di Bintulu ini.

dinner2





1 comment:

  1. mmg best la kn...kawan ngn photo graperrr..
    nak jadi model...boleh?????

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...