Thursday, August 25, 2011

Salam Aidilfitri 2011

Lebaran Aidilfitri

Saat gua tengah menulis blog untuk entri ucapan raya kali ni cuma tinggal 4 hari sahaja sebelum semua umat islam nak menyambut kedatangan Aidilfitri dan saat ini juga lagu Indahnya Beraya di Desa nyanyian Azlina Aziz tengah duk ligat dalam corong radio. Sebenarnya dah nak dekat raya ni sedap sungguh kalau dapat dengar lagu raya sebab feel tuh ada.. tapi yang sebenarnya gua tak berapa nak feel sebab gua terpaksa beraya diperantauan taun ni. Buat kali kedua gua terpaksa beraya jauh dari keluarga dan yang paling tak true pasal raya gua kene kerja hari raya pertama kiranya takdak la baju melayu dan solat sunat Aidilfitri gua untuk tahun 2011 ni. Nampaknya gua tak dapat la nak bersalam raya dengan mak bapak gua serta sanak saudara di kampung tahun ni dan tak lupa juga gua tak dapat nak beraye kat rumah makwe-makwe kat kampung sana hahaha... Walau macam mana pun gua punya rilek pada tahun ni gua tetap rasa pilu juga sebab kawan-kawan gua dah ramai balik kampung saat ni tinggal gua dengan beberapa orang kutu saja lagi yang jenis senasib dengan gua tak dapat cuti beraya. Ada satu pekara yang gua rasa gua raya lebih awal adalah Kak Ngah gua dah kirimkan biskut raya awal 10 hari dan tak sempat-sempat gua abiskan biskut tuh dalam masa 2 hari itulah pilunya seorang perantau yang tak pulang beraya sampai biskut raya pun tak sempat sampai raya... ok la lagi gua melalut lagi macam bercampur gaul pulak perasaan nak beraya walaupun taun ni gua tak buat baju melayu untuk raya gua rasa ok juga sebab company dah sponsor baju keje time hari raya jadi gua pakai je lah baju tuh nak pakai baju melayu turun keja nanti sewel pulak org cakap tapi gua tak cakap sewel sebab itu normal perayaan ahahha.... ok la kepade pembaca blog gua yang tak seberapa ni gua nak ucapkan lah..

SELAMAT HARI RAYA ADIILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Azlina Aziz

Indahnya Beraya Di Desa

Wahai perantau-perantau di kota
Pulanglah ke desa berhari raya
Ayah serta bonda amat mengharapkan
Kepulangan mu di hari bahagia

Dalam kerinduan ayah dan bonda
Segala juadah disediakan
Mengharap pulangnya anak yang tersayang
Usaha 'pakar' hati orang tua

Indahnya beraya di desa
Kaya dan miskin sama meraikan
Mengikut kemampuan diri-sendiri
Bergembira

Kunjung-mengunjung wajib amalkan
Bertukar juadah tanda berjiran
Sebuah desa bagaikan bersaudara
Oh seronoknya

Teruskan amalan desa di kota
Kunjungi jiran di hari raya
Kesibukan kerja bukannya alasan
Kita beraya selama sebulan



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...