Wednesday, September 14, 2011

Pemuda Jam 4.00a.m

Jam 4.00 a.m, Waktu ni gua tahu ramai yang sedak enak dibuai mimpi dan lena ditengah pagi,
Sebenarnya pada time ni juga gua tengah duty kat area rumah VVIP bos gua ye lah gua keje sebagai anggota keselamatan dan gua kene jage sikit aset-aset yang kononnya penting dah sebenarnya gua jage bos yg tengah tido,
Sebenarnya gua bukan nak cerita pasal bos gua ataupun org tengah sedap tido,
Cerita yang gua nak kongsikan kat sini berkenaan rezeki kat bumi tuhan sebenarnya,
Waktu gua duty bersama dengan rakan sekerja gua ni gua ternampak seroang pemuda yang membawak plastik menghampiri setiap sudut longkang dengan berpakaian baju putih dan membawa lampu suluh seketul..

Sebenarnya pemuda ini bukanlah tok iman atau jemaah mesjid yg nak ke mesjid..
Gua agak terkejut bila pemuda ni berjalan semakin lama semakin ralik memandang kearah longkang dah juga tong sampah sekitar kawasan VVIP yang gua kene pantau..
Berbekalkan satu beg pelastik yang agak kurang besar gua pergi tanya dia...
Pemuda ni tak menjawab sepatah apapun perkataan dari gua termasuklah gua bertanya "Real Madrid dah score berapa?" ( sebenarnya waktu pagi ni team real madrid tengah main champions league vs dynamo zagreb ).
Rupanya pemuda ni golongan kurang upaya iaitu bisu dan pekak kerana dia membalas dengan bahasa isyarat..

Rezeki kat Bumi Tuhan ni sebenarnya tak kira dimana sahaja tetap ada rezeki..
Tak kisahlah bagaimana cara untuk kita mencari rezeki yang penting usaha dan kegigihan...
Walaupun jam 4.00a.m merupakan waktu yang lena untuk tidor namun pemuda ini berusaha mencari rezeki walaupun pemuda ini golongan orang kurang upaya... namun dengan tulang empat kerat yang diberikan Tuhan tak menjadi alasan untuk pemuda ini berusaha mencari sesuap nasi daripada meminta sedekah walaupun beliau dalam keadaan kekurangan fizikal..
Bagi manusia yang cukup sifat pula hanya enak dengan tidor tanpa perlu rasa bersusah payah sehinggakan tidor pun perlu dijaga berbeza dengan mereka yang mengetahui bahawa diri mereka kekurangan sifat dan susah untuk berjawatan tinggi dan perlu berusaha demi mencari rezeki untuk terus hidup sehinggakan waktu pagi..

tin2

Bagi manusia yang dikurniakan cukup sifat adakah mampu untuk kita keluar pagi sebegini rupa untuk mencari rezeki demi menampung hidup? Dan remaja masa kini tidak sesekali mahu melakukan kerja seperti ini, disebalik kerja seperti ini ada kelebihan kerana disamping mencari rezeki ianya juga membersihkan kawasan daripada pembuangan sampah dimerata-rata tempat walaupun hanya seketul tin.
Tersentak hati gua untuk berkongsi cerita jam 4.00a.m ini tentang kegigihan pemuda yang kurang upaya ini dalam meniti hidup mencari rezeki walaupun kekurangan sifat dan tidak mahu untuk meminta sedekah kerana masih dikurniakan tulang empat kerat untuk begerak.
Bagi manusia yang cukup sifatnya bersyukurlah bawaha kita masih dikurniakan sifat yang cukup serta sihat tubuh badan malahan mampu untuk mendapat pendidikan yang sempurna berbanding mereka-mereka yang kekurangan upaya seperti pemuda ini.
Walaubagaimanapun rezeki dibumi Tuhan ini memang ada untuk manusia-manusia yang sentiasa gigih tidak kira masa dan tempat malahan apa juga pekerjaan asalkan ianya halal dan dapat menampung keperluan hidup.
Tidak perlulah berbangga dengan apa yang kita ada pada hari ini kerana ianya adalah nikmat pemberian Tuhan dan bila-bila sahaja nikmat itu boleh hilang dalam sekelip mata sahaja. Janganlah kufur dengan nikmat yang diberi percuma dan sementara ini.

tin1
Gua hanya dapat merakam gambar pemuda ini dengan menggunakan HP gua yang tidak mempunyai flash untuk dikongsikan bersama sebagai renungan bersama.
Gua juga memuji pemuda ini kerana tidak mengharapkan sedekah ditepi jalanan seperti mana yg kita sentiasa lihat.
Gerakan diri sendiri untuk majukan diri sendiri dan janganlah pula menunggu supaya orang lain yang berusaha untuk diri anda kerana kegigihan diri sendiri sahaja yang dapat majukan diri.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...