Thursday, May 19, 2011

Travel Note : Cambodia ( Part 2 )

Sekitar Jam 6.00 a.m kami sampai disebuah kawasan berhenti yang sememangnya dah sampai di siam reap. Selama 6 jam perjalanan dari phnom Phen ke Siem Reap ni gua memang tak sedarkan diri apatah lagi nak melihat di tepi cermin suasana perjalanan akibat keletihan dalaman yang buat gua tido pun tak kesedaran. Gua agak hairan juga sebab kawasan perhentian bas ni tak la macam kawasan perhentian seperti di negara kita yang elok dan cantik ada terminal beserta platform namun perhentian bus kat Siem Reap ni macam berhenti kat kandang ternakanan.... gua pandang kiri-kanan pun memang macam kandang ternakan memang bukan macam tempat perhentian terminal bus. Agak beruntung kira-kira gua jadi anak Malaysia.

Siam Reap Bus Terminal

Setelah seorang kenalan sampai di kawasan perhentian bas tersebut sampai untuk menjemput kami semua, kami meneruskan perjalanan dengan impian mengisi perut terlebih dahulu dan kali ini kami dibawa oleh Zakaria seorang pemandu Tuk Tuk juga. Alik-alik naik Tuk Tuk... tak penah kami semua naik Taxi ataupun Monorail kat sini.. ye lah kat sini memang kenderaan awam dieorang hanya pakai beca takdak Monorail, LRT semua tuh takdak nak tanak naik juga beca janji sampai ke destinasi dituju. Perjalanan terus ke sebuah perkampungan muslim iaitu Kampung Stung Thmey dimana kami lepak di sebuah warung muslim untuk pekena nasi ayam dan kopi. Majoriti masyarakat kat sini bergama Islam cuma keturunan belum pasti samada mereka berbangsa Melayu ataupun memang berbangsa Khmer Kemboja. Kalau gua nak katakan semua keturunan Melayu tak bleh juga walaupun ada yang memang pandai berbahasa melayu sebab kebanyakan mereka pernah belajar di Malaysia dan sebab itu mereka pandai berbahasa melayu. Kalau nak dicerita bab peradaban bangsa Melayu memang ada di Kemboja tapi gua tak berapa banyak membaca pasal Melayu di Kemboja. Selesai makan dan bergambar sekitar kawasan kami semua terus menuju ke kawasan bandar Siem Reap untuk menginap disebuah hotel. Hotel Chemeoh namanya dalam lingkungan 15USD sahaja harganya. Bagi hal penginapan kat Siem Reap ni memang takdak masalah harga penginapan bleh dapat dalam harga 5USD hingga 20USD kerana terlalu banyak tempat bagi Bag Packer ataupun Hostel sekitar kawasan bandar dan terpulang atas pelancong sahaja untuk memilih keselesaan. Kalau nak jimat sewa hostel je lah baru 5USD.

Stung Thmey Village
Stung Thmey village
stung thmey Mosque

Hotel yang kami menginap bleh dikatakan amat berpuas hati kerana keluasan dan keselesaan kerana kalau dikira dalam duit Malaysia baru RM45.00 hotel ni bleh dikatakan menyamai standard 3 bintang la kalau di Malaysia. Selesai mandi dan rehat sekejap dan pakai baju secara hensem skit gua dan rakan lain terus begerak ke sebuah perkampungan atas air yang dinamakan Tonle Sap. Perjalanan melalui Sungai Cangkri yang mengambil masa selama 30 minit pergi dan 30 minit balik kira-kira 1 jam la tak masuk kalau lepak lama kat Tonle Sap tuh. Pada awalnya kami tak mahu pergi ke Tonle Sap ni disebabkan harga tiket yang dicaj memang tak berbaloi langsung dengan harga 15USD = RM45 , yang peliknya harga bleh pandai plak turun ke 11USD setelah kami buat-buat lepak je kat kawasan jetty ni, agak-agaknya yang jaga tiket ni jenis serabut perut tengok kami ambik gambar tapi tanak naik bot tuh yang bleh kurangkan harga. Gua nasihatkan kat rakan-rakan pengembara yang lain jika ingin pergi ke sini sememangnya harga tiket cuma 10USD sahaja mengikut kata pembawa Tuk Tuk kami. Penjaga tiket ni sewenang-wenangnya ambik kesempatan naikkan harga kerana tiada pengawalan harga dari pihak pelancongan memang cilake!!!.. Selesai gua gaduh-gaduh mulut dengan penjaga tiket akhirnya kami naik bot terus menuju ke Tonle Sap. Menjadi satu kejutan budaya bagi gua melihat kawasan perkampungan diatas tasik ini. Terasa bahawa betapa susahnya mereka hidup diatas air seolah macam dalam filem Water World plak.. gua terasa cam nak jadi hero dalam filem tuh tapi tak bleh sebab gua tumpang bot orang.. dalam citer tuh hero ada bot sendiri hehehehe... Permandangan yang indah sekitar kawasan Tonle Sap ini dan kami semua sempat juga pergi ke sebuah Masjid terapung dimana ada sebahagian komuniti masyarakat Muslim disini. Alhamdulillah masih juga terpelihara agama Allah disini walaupun dalam keadaan yang tak seberapa. Masjid Ar-Rahmah merupakan salah satu majsid yang terdapat disini dan kami juga sempat berjumpa dengan Imam serta saudara muslim disini.. Banyak pekara berkenaan kehidupan yang dapat kami pelajari setelah melihat kawasan Tonle Sap ini tentang kehidupaan memang banyak membawa pengertian dan walaupun dimana kita berada kehidupan ini perlu diteruskan.. ceewahh.. gua berbahasa la pulak.

Tonle Sap Jetty

Woman

The Black Kids Plating at Cangri River


Water Boy | InfraRED
This kids sells cans water from boat to boat

Tonle Sap Village


Tonle Sap People

Mosque Al Rahmah

Selesai perjalanan selama 2 jam di Tonle Sap kami semua kembali ke Hotel untuk berehat seketika. Dalam perjalanan pulang ke Hotel kami sempat singgah sekitar kawasan kampung yang dalam perjalanan ke Tonle Sap tadi untuk merakam serba sedikit gambar. Salah satu tempat yang kami singgah adalah kawasan kampung yang dipenuhi dengan Bunga Teratai. Gua memang suka dengan kawasan ni walaupun ketika tu cuaca begitu panas dan awan kat langit pun jenis malu-malu nak keluar gua sempat juga merakam sekeping dua gambar kat kawasan tuh dan gua selitkan dengan beberapa keping gambar dari rakan pengembara gua juga untuk tatapan.

Woman White Lily

A woman plucking white lily

Water Buffalos

view

Sebelum berangkat ke Angkor Wat pada waktu petang kami sempat menjamu selera di Kampung Stung Thmey dimana waktu pagi tadi kami sudah kesana namun ada satu restoran masakan muslim yang menjadi pilihan kami bagi mengisi perut dan ianya berdekatan dengan masjid kampung tersebut. Restoran tersebut dinamakan Muslim Family Restoran. Masakan kat sini boleh tahan dan harga pun berpatutan jugalah. Selsai makan kami teruskan perjalanan ke satu tempat yang dinamakan Golden Temple. Sekadar mengambil masa dalam 30 minit sebelum meneruskan perjalanan untuk mendapatkan sunset di Bakheang Hill Angkor Wat. Setibanya kami disana jam sudah menunjukkan 5.00 p.m dan kami bergegas menaiki bukit sepanjang 1.5km agaknya kerana gua agak lupe ukur mase tuh sebab terlalu pikirkan pasal sunset. Masa nak naik bukit ni sebenarnya sebelum pukul 5.00 p.m tapi gua dan rakan lain ni terlewat plak dan kene tahan oleh polis kemboja. Sedar tak sedar gua dan rakan lain duk bercakap dalam loghat Pahang ni ditegur plak oleh sekumpulan pelancong asing... ingatkan pelancong mana rupanya pelancong Malaysia berbangsa Cina. Runding punya runding dengan brader polis kat bukit ni kene bayar 5USD baru dapat naik... cilake juge sempat mintak duit.. nak tanak terpaksa la bagi kalau tak terlepas sunset. Sampai saje kat Bakheang Hill ni memang letih sebab kene panjat plak Angkor yang ade ni baru dpt shoot sunset dari atas bukit dan gua pun ambik la sekeping dua gambar sunset walaupun ruang terhad sebab terlalu ramai pelancong mase ni.

Golden Temple
The Bakheng Hill Angkor Wat
Tourist at Bakheang Hill
risma sunset
sunset at Bakheang Hill

Setelah selesai pada jam 7.00 p.m melepak atas bukit kami terus menuju ke Hotel dan sebelum sempat masuk ke Hotel kami sempat juge pekene teh ngan roti nan kat kedai mamak sebelah Hotel. Kalau kat Siem Reap ni restoran mamak jenis tak sediakan kuah kari atau darl.. kalau nak makan kene order kuah kari berbeza plak, kiranya kalau order roti tuh cuma dapat roti kalau nak kari kene order lain lah.. nasib gua tak order makwe kalau tak dapat sorang makwe pelayan keh keh keh... selesai makan terus balik Hotel nak bersiap plak malam nanti nak jejalan kat Night Market Siem Reap.

night market

Night Market at Siem Reap

night market

statue

Angkor Night Market

Night Market

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...