Thursday, May 19, 2011

Recent Wedding

Fatah & Lynn

Fatah & Lynn


Tiket penerbangan gua yang dah ditempah sebulan lebih awal untuk pulang ke kuantan bagi menghadiri satu majlis perkahwinan.Tahun 2011 ini tak banyak majlis perkahwinan yang gua hadiri bagi menjalankan tugas sebagai perakam kenangan pasangan pengantin kerana terlalu sibuk dengan kerja dan pelajaran yang gua hadapi namun majlis kali ini gua amat bebesar hati kerana pasangan ini memilih gua sebagai jurugambar mereka.

Fatah & Lynn
Fatah & Lynn

Fatah & Lynn
Fatah & Lynn
Fatah & Lynn
Fatah & Lynn
Fatah & LYnn
Fatah & Lynn
Fatah & Lynn
Fatah & Lynn
Fatah & Lynn
Fatah & Lynn


Majlis yang berlangsung pada 1.5.2011 ini bertempat di Kampung Belukar Kuantan Pahang adalah majlis sahabat ataupun rakan sekolah gua ketika zaman sekolah dulu dan bukan zaman tadika hehehe.... Majlis Perkahwinan Abdul Fatah Bin Abu Bakar bersama pasangannya Nurazlina Binti Shamsuddin. Bersama dengan seorang rakan iaitu Nuar Kamaruddin gua menjalankan tugas pada hari bermakna mereka ini. Majlis ini juga amat bererti bagi gua kerana disamping dapat berjumpa dengan rakan-rakan sekolah malahan guru-guru sekolah lama gua juga turut hadir di majlis mereka berdua ini. Sesi outdoor mereka dirakamkan di Pantai Sepat Kuantan Pahang dan lokasi ini merupakan lokasi secara tak langsung dipilih kerana masa tidak mengizinkan. Semoga pasangan pengantin ini berbahagia hingga ke akhir hayat dan berpuas hati dengan hasil yang gua sediakan. Gua juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan Photographer gua yang bertindak sebagai tulang belakang gua dalam majlis ini dah tak lupa juga ribuan terima kasih kepada pihak pengantin dan keluarga kerana kerjasama ketika Majlis Indah ini diadakan. Semoga terhibur dengan gambar yang dipaparkan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...