Saturday, May 14, 2011

Travel Note : Cambodia ( Part 1 )

Perancangan untuk membuat satu Travel Log ke Cambodia akhirnya terlaksana. Alhamdulillah dengan kurniaan Allah S.W.T dengan kurniaan rezeki dan kesihatan akhirnya tarikh berlepas ke Cambodia hampir tiba. Sebelum memulakan cerita pengembaraan kali ini agak tak manis kalau gua tak letak gambar sendiri dan juga rakan-rakan sekembara gua sekali sebagai pembuka mata buat tatapan semua keh keh keh.... Antara rakan-rakan senior photographer gua yang terlibat dalam pengembaraan bersama kali ini ialah Rismayuddin, Azam Alwi & Rismarizal dan gambar dibawah ini gambar ketika di Central Market Phonm Phen.

Group Travel



Tepat jam 6:40 a.m pada 4/5/2011 Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Phnom Phen dan Alhamudlillah berkat doa dan pertolongan Allah S.W.T gua dengan beberapa orang rakan yang memulakan perjalanan kembara selamat sampai di airport Phonm Phen Cambodia dengan selamat. Setibanya di Phonm Phen kami berempat ( Azam Alwi , Rismarizal , Rismayuddin ) memulakan perjalanan ke sebuah masjid yang terletak disekitar bandar Phonm Phen. Tujuan perjalanan adalah untuk bertemu dengan komuniti masyarakat Islam disana dan ingin bertemu dengan seorang kenalan iaitu Ustaz Zainal. Perjalanan dari airport ke Masjid Dubai mengambil masa selama 30 minit dengan menaiki kenderaan yang dinamakan Tuk Tuk sejenis beca bermotor yang agak steady kerana senang nak shoot ambik gambar sambil naik kenderaan tak macam kereta yang sedikit terhalang. Sebenarnya beca ini tak berapa selesa kalau bawak barang banyak nasib kamiorang hanya bawak bag pack sahaja kalau kamiorang bawak beg nak pindah rumah agaknya tak begerak beca ini sebab berat kami berempat saje dah melebihi ratusan kilogram ... maknanye Pakcik bawak beca ni terus kene beli lori lepas ni sebab caj die melampau mahal sampai 8 U.S dollar rasa macam kena tipu pun ada padahal bukan jauh pun tapi dah rezeki dia agaknya....

sayap

Transportation at Cambodia

Dubai Mosque at Phnom Phen

Muslim Pray at Dubai Mosque

Setelah selesai berjumpa dengan Ustaz Zainal kami memulakan perjalanan meronda sekitar bandar Phonm Phen dan yang lagi benar kami nak pergi ke satu tempat yang dinamakan Killing Field jadi sambil² duduk atas beca kami ambil la gambar sekitar kawasan bandar Phonm Phen dan yang gua ingat mase tuh Azam Alwi ngan Rismarizal shoot gambo makwe² area bandor... gua shoot gambar² takde faedah.. nyesal ade juge kale tidak banyak juge tatapan gambar makwe buat koleksi keh keh keh... Perjalanan ke Killing Field mengambil masa hampir 40 minit la agak² gua kira.. kalau gua kira betul² memang tak betul juga sebab gua tak set timer jam sebab sibuk ngambik gambo.... Sejarah Killing Field ni sebenarnye bermula pada zaman komunis dulu dimana tempat ni adalah tempat penyeksaan rakyat awam yang dibunuh secara beramai-ramai dan sejarah lebihnya gua rasa elok lu orang bukak sejarah Cambodia sebab gua tak leh nak menaip sangat pasal sejarah ni sebab kalau taip memang beleret panjang jadi takdelah cerita gua asyik duk citer pasal sejarah negara orang.... Selesai agak² dalam 1 jam kat Killing Field ni kamiorang terus pergi cari kedai makan yang terletak berhadapan dengan Masjid Jami Saad Bin Bi Wakkas.. dan nama restoran kedai Muslim yang kami berenti makan ni gua lupa apa namanya tapi agak mahal juga caj yang kami kena hampir dalam 30 dollar U.S .. kalau kira dalam duit Malaysia dalam 90 ringgit.. gila juga sebab 4 orang makan jek... ala-ala makan Lunch kat Hotel pun ada tapi kedai lebih kurang banyak lalat.. steady lagi kedai mamak kat Malaysia... Kali ni kami pakai pembawa Tuk Tuk muslim yang bleh cakap bahasa Melayu...

traffic at Phnom phen

school kids

killing field

MASJID

Selesai makan dan menunaikan apa yang wajib sebagai Hamba kepadaNya kami meneruskan perjalan sekitar bandar Phonm Phen melihat keadaan pasar-pasar membeli belah tapi kamiorang tak juga membeli belah sebab kene simpan duit dulu sebelum blah ke Malaysia baru plan nak shopping.. jadi lihat-lihat dan tengok-tengok dulu nanti duk membeli tak sempat plak nak ke Siem Reap... Tepat Jam 6.00 p.m kami begerak lagi ke sebuah perkampungan Melayu Kemboja dimana lokasi perkampungan Ustaz Zainal yang kami jumpa pada waktu pagi tadi. Perkampungan ini dinamakan Cherang Chemereh dan majoriti orang disini bergama Islam. Ramai juga orang Islam dikampung ni yang boleh bertutur dalam bahasa melayu dan tak perlulah gua dan rakan lain mengada-ngada nak becakap omputih sangat kire sedang-sedang elok je berbahasa melayu lebih indah keh keh keh.. Pekarangan rumah Ustaz Zainal sebenarnya adalah tempat dimana anak-anak melayu disini mengadakan kelas agama iaitu kelas mengaji dan fardu ain diadakan disini dan kesempatan itu juga kami merakam beberapa gambar ketika mereka sedang dalam kelas.

 cherang chemereh village

ngaji azam alwi

Kids Learn and reading Holy Quran

Selesai urusan di Kampung Cherang Chemereh kami bersiap-siap untuk pergi ke bandar kembali untuk mengisi perut disebuah restoran orang Malaysia berasal dari Penang ( CAFE MALAYA ) dan mencari tiket bus ke Siam Reap. Ustaz Zainal menghantar kami di stesen bas dan kemudiannya kami mendapat tiket perjalanan ke Siem Reap pada jam 12.30 a.m dan pada malam itu juga kami berehat dalam bus sahaja walaupun seharian penat berjalan di Bandar Phonm Phen namun demi menjimatkan masa perjalanan malam adalah sesuai untuk satu trip selama 6 jam ke Siem Reap agar kami dapat menjimatkan masa siang kami untuk mandi dan buat aktiviti yang dirancang. Bersambung pada part 2 ........!!!!!!



1 comment:

  1. ngam yien.berjalan sambil berseni. pengalaman yg penting. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...